Notis Penutupan @Aras 1 PIAS

Notis Penutupan @Aras 1 PIAS

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Untuk makluman semua warga Universiti Islam Selangor (UIS), dimaklumkan bahawa aras 1 Perpustakaan Imam Al-Syafi’i (PIAS) akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja ubah suai dan naik taraf bangunan perpustakaan tersebut. Proses ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan para pengguna perpustakaan. Kerja-kerja ubah suai ini dijadualkan bermula pada 1 Julai 2024 (Isnin).

Penutupan ini hanya melibatkan aras 1 sahaja, manakala aras bawah masih boleh digunakan seperti biasa. Kami menasihatkan agar warga UIS untuk membuat persediaan awal dan merancang penggunaan perpustakaan dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh ini.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak.

Sekian, terima kasih.


 style=