Lawatan Penandaarasan dari PIAS, Universiti Islam Selangor (UIS) ke INCEIF Knowledge Management Centre (KMC)

Lawatan Penandaarasan ke INCEIF Knowledge Management Centre (KMC)

21 Oktober 2024 - Delegasi daripada Perpustakaan Imam Al-Syafi'i (PIAS) telah menjalankan satu lawatan penandaarasan ke INCEIF Knowledge Management Centre (KMC) pada Isnin. Delegasi diketuai oleh YBrs. Puan Aireen Naquiah Binti Hamzah, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bersama Timbalan Dekan Akademik (TDA) Fakulti dan Pusat, Ketua Pustakawan dan semua Pustakawan, telah disambut mesra dengan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Mansor Haji Ibrahim, Timbalan Presiden Akademik dan Dekan INCEIF. Taklimat lawatan kemudiannya disampaikan oleh Puan Nur Azlina Zorollah, Pengurus INCEIF KMC. Lawatan ini bertujuan berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan pengurusan dan pentadbiran KMC bagi tujuan pelaksanaan di UIS seiring perkembangan Perpustakaan Imam Al-Syafi’i (PIAS). Semoga hubungan di antara kedua-dua institusi akan terus berkekalan.


 style=