Delegasi PIAS ke PPAS Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi

Delegasi PIAS ke PPAS Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi

05 Disember 2024 - Delegasi daripada Universiti Islam Selangor (UIS) telah menjalankan satu lawatan Penandaarasan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi. Delegasi diketuai oleh YBrs. Puan Aireen Naquiah binti Hamzah, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bersama Timbalan Dekan Akademik (TDA) Fakulti dan Pusat, wakil daripada Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (BPPF) dan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), serta Perpustakaan Imam Al-Syafi'i (PIAS), telah disambut mesra oleh Pustakawan, Jurutera, kakitangan teknikal dari Headquarters iaitu Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam termasuk kakitangan PPAS Daerah Hulu Langat. Taklimat lawatan kemudiannya disampaikan oleh Encik Fahrurrazi Md Shukri, Architect, Library Development and Maintenance Division. Turut hadir memberi penerangan dan berkongsi pengalaman berkaitan penjenamaan dan transformasi perpustakaan awam negeri termasuk perpustakaan daerah dan desa di Selangor ialah YBhg. Datin Paduka Mastura Hj. Muhamad, Pengarah PPAS. Lawatan ini juga turut disertai pelajar dan pensyarah dari Infrastrusture Univercity IUKL yang menjalankan lawatan untuk tujuan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan. Objektif utama lawatan adalah untuk mendapatkan ilham serta percambahan idea melalui reka bentuk bangunan perpustakaan awam negeri. PPAS Daerah Hulu Langat menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik iaitu berada di tengah-tengah bandar utama meliputi komuniti Bangi dan sekitarnya.

 style=  style=
 style=  style=
 style=  style=